Sapa yang tak mahu dapat pangkat? ….. Manusia normal punya
mainan ba tu geng. Ha..ha… Tapi bila terkenang alkisah pangkat semasa
keberadaan di kg.suan lamba semasa core keja kat sana memang lucu.
Core masa tu tinggal sebumbung menumpang di rumah JKKK di
kg.tersebut. Core bersama “co-worker”atau geng sekerja melabuhkan tirai malam
di bawah rumah atau didalam bahasa speselnya “kolong”. Sebenarnya rasa syukur
amat kami panjatkan kehadratNYA atas diberikan hidayah buat JKKK memberi belas
ihsan terhadap kami didalam memenuhi keperluan asas dalam meniti kehidupan
mendatang di sana.Perihal kami tidur dibawah kolong bukannya menjadi satu isu……
yang penting kami selesa syukur Alhamdulillah.
Tang kebaikan dan keramahan JKKK berserta kerabatnya tidak
di nafikan …. Terbaik!!! Walaupun adalah jugak timbul rasa malu pada awal
perkenalan… ha..ha..
Sebenarnya perasaan malu itu terbit di sebabkan adanya tiga
anak dara si bos (bos tu nama glamor core declare buat tuan rumah)..he..he…
faktor adat juga tradisi turut mendapat share dalam saham MALU kami.. J
Berbalik pada cerita , perihal anak gadisnya tak payah la
core nak gembar-gemburkan okey?... kesimpulannya tip-tp jugalah dorang ni..
Dalam melayari hidup di sini, core bergaul jugak ngan
“gangsterism” yang di pelopori oleh bebudak remaja di sini…ahahaha yang
betulnya dakwaan gangsterism tersebut bukanla fakta buat mereka ini Cuma mereka
disini suka bebenartentang pergaduhan… mungkin di sebabkan pengaruh member dan
kawan-kawan yang datang dari bandar, juga faktor media massa ….. apa yang core
perasan mereka ni kerap menyebut karaktor-karaktor dari filem CROW ZERO….
Ha..ha..
Note: buat bebudak yang datang dari dunia samseng bandar
janganlah mempengaruhi bebudak kampung ngan cerita entah apa entah…. Disebabkan
kamu, rukunnya hidup dalam suasana kampung mungkin pupus ….. dan bagi yang
buat-buat tak faham atau dalam istilah melayu lama “ menyiram air kedaun
keladi” na akhirat di sana kamu terima saham okey?.... bukankah bak kata
kumpulan SCORPION “what u gave u get back”, so its up to u DAMN..ha..ha.
Ooops menyimpang jauh seblok
sawit sudah cerita geng..ha…ha.. Sorry .. ee.. berkobar ba sedikit perasaan
core bagi peringatan tadi.. sebenarnya core ni suka sangat akan “virginity of
rural life style” seandainya jodoh dapat
ku tentukan nak juga permaisuri hidup ini datangnya dari desa…ha..ha
Berbalik pada bebudak remaja di
sini…. BUDU! Atau dalam bahasa
sebenarnya BODOH!! Kerap meniti di bibir warga kampung. Mungkin juga perkataan ini
seakan tiada makna buat mereka lagi. Sehinggakan remaja di sini mengikhtiraf
perkataan BUDU sebagai satu pangkat kepada si penerima perkataan tersebut. Siap
pakai pangkat “kolonel, dua paku inspektor dan macam-macam
lagilah”….ha..ha..
Mula- mula dengar mereka
menujukan perkataan BUDU ni, core agak rasa len sedikit tapi mungkin sebab core
ni banyak berjalan merantau so pengalaman mengadaptasi tingkahlaku masyarakat
setempat mudah core terima…. Nevermind punya orang..ha..ha
Dalam masa yang sama terkadang
core juga tidak terkecuali dari tempias menggunakan perkataan BUDU ni..ha…ha….
o ya teringat akan pesan ntah dari sapa ntah satu masa dahulu… masa tu core
kerap juga menggunakan perkataan BODOH pada kerabat keluarga, rakan-rakan dan
akibatnya core mendapat teguran ”perkataan kalau di ulangkali di gunakan akan
jadi doa”.
So bermula dari situ core
terhadkan penggunaan perkataan itu. Hanya bila jiwa ini memberontak terpacurlah
kalimah pangkat BODOH..ha..ha
Tapi di sini, kg.Suan lamba
rasanya takkan jadi doa di sebabkan seperti mana yang core mentioned earlier
perkataan BUDU=ZERO(tiada makna) so
rasanya perkataan ini seakan jadi perhiasan dalam pertuturan sehari-hari..
namun , semua itu berbalik pada nawaitu si penutur bila menuturkan perkataan
tersebut.
Kesimpulannya core suka walaupun kurang selesa, bagi core menerima
perkataan BUDU dan menujukan perkataan BUDU dalam masyarakat di sini satu
petanda kehadiran warga luar/orang asing di terima...ha..ha…

No comments:
Post a Comment