Thursday, June 21, 2012

Kepulangan yg diingati...





Seperti mimpi lak rasanya...... core terpacak di depan pintu masuk imigresen dengan meninggalkan kehidupan kolej yang mungkin selamanya.
Bertahun di rantauan membuat rasa kekok wujud dalam diri ini menerima kejutan hidup yang bakal aku tempuhi di tanah kelahiran core sendiri...... "life must go on....."

Everything almost changed....

"Tak tahu beratur ka?", teruk betul....., tersentak core dari lamunan mendengar teriakan oleh salah seorang pegawai imigresen yang bertugas. 
"Lamunan terhenti", he..he... cam tajuk lagu pula?,

hmm..... patut pun naik berang? pemegang-pemegang pasport tak beratur + tolak-menolak.
so kesimpulannya:- 

               tak beratur + tolak-menolak = MAKI HAMUN.

ha..ha...


melangkah keluar dengan penuh rasa rindu kg.halaman dan rakan-rakan, tapi yang sebenarnya ada lagi kerinduan yang lebih parah dari itu...... rindu restu Ayah dan Bonda .......


Dengan mengalas beg galas di bahu , aku teruskan langkah menuju rumah. Terukir selebar-lebarnya senyuman kuarga core menyambut kedatangan core.Sebenarnya kedatangan core initak dirancang.. Kononnya nak wat suprise tapi tak menjadi rasanya kot?.. lebih-lebih lagi bonda macam tahu-tahu jak aku datang.. he..he.. Mungkin disebabkan naluri seorang ibu yang mang kuat....

kehidupan disini mang berbeza ngan masa core di kolej ari tu.... "black and white". kalau di kolej dulu core padat ngan aktiviti , di sini hmmm.... core di perap ooops silap, core memerap jak kat umah ha..ha..

dengan melihat kehidupan kuarga yang serba daif , core mengambil initiatif untuk merantau sekali lagi walaupun baru seminggu-dua kembali dari perantauan. Rasa rindu terhadap kuarga pun belum lagi tuntas sepenuhnya. Akan tetapi inilah desakan hidup.....
Emak saudara atau dalam bahasa DOLLARnya aunt yang di pertanggungjawabkan untuk menyediakan keperluan core di semenanjung Malaysia kelak..... atau lebih details lagi KAJANG, SELANGOR. ha inilah destination perantauan yang core maksudkan.

sebelum kesana, core singgah rumah anti yang berad di kundasang. hmmmm... atas permintaan dan keinginan core untuk menziarahi cousin2 core di sini...

Kini tibalah ari yang ditunggu , core berlepas dari lapangan terbang antarabangsa LABUAN setelah core membelah lautan ngan menaiki feri labuan juga setelah menemui saudara-mara yang berada di pulau bersih pulau bebas cukai tersebut......



bersambung................
 

No comments: