Sunday, January 26, 2020

acore , geng dan soleh

Bertahun lamanya core tinggalkan blog ini, di sebabkan kesibukan hidup harian dan unexpected kejadian yang menimpa diri core maka blog ini sepi tidak ku kunjungi. Disini suka core melanjutkan "psycedelic" kehidupan core yang rasanya mendadak berubah. masa core ketik papan kekunci lappy usangku ini core dah pun bergelar BAPA. Alhamdulillah core di kurniakan seorang cahayamata yang sihat, baik rupa paras dan insyAllah akan menjadi anak yang soleh sesuai dengan nama yang di beri.
Mesti korang bertanya siapa ibu kepada putera comel core ni?? (kalau adalah yang tertanya-tanya?he..he..)
Ibu kepada soleh ni adalah wanita yang core pernah coretkan dalam posting yang terdahulu. Dialah geng ku yang mana pernah ku angankan hidup bersama dan doa ku makbul oleh sang pencipta.
perkahwinan kami sebenarnya umpama mimpi dalam mimpi rasanya, kami tidak merancang tapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.
perkahwinan kami adalah perkahwinan yang paling rare rasanya di abad ini, sungguh.... :)
tiada pelamin, tiada crowd, tiada persiapan dan orang yang hadir boleh di bilang dengan jari jemari.
core bersyukur kerna di berikan bapa mertua yang cukup baik, dan core amat kagumi personaliti beliau. Beliau adalah seorang pejuang agama tegar JEMAAH TABLIGH malaysia. Mungkin di sebabkan agama dan akhlak yang beliau ada maka perkahwinan core dan isteri tidak di bebani sepertimana perkahwinan-perkahwinan di abad ini. Bukan niat core membandingkan atau mengadili perkahwinan-perkahwinan di luar sana, cuma apa yang saya ingin HIGHLIGHT di sini berkenaan pentingnya agama berbanding adat atau trend yang menjadi ikutan segelintir masyarakat.
Berbalik pada peristiwa core kahwin, core datang melamar isteri hanya di warung tepi jalan. Sehari sebelum tu core berjumpa dengan isteri dan menyuruh isteri saya untuk memberitahu bapa mertua yang core ingin berjumpanya. Alhamdulilah setelah berjumpa bapa mertua maka saya pun menerangkan hajat saya untuk melamar puterinya. Walaupun pada ketika itu bergetar dan berpeluh juga seluruh badan ini dalam menyampaikan apa yang saya hajati. Mujurlah dan Alhamdulillah ibarat mengantuk di sorong bantal , aku di terima bahkan dengan kadar segera terus menikah pada keesokan harinya.
Core pun pada keesokan harinya dengan rasa gemuruh berteman berapa individu bertandanglah kerumah bapa mertua. Ibu dan bapa core beserta adik beradik yang lain tidak dapat menghadirkan diri masa pernikahan core. Ini di sebabkan mereka mengunjungi keluarga di kampung yang mana salah seorang pakcik core meninggal dunia. Core bersama seorang Imam dan pembantunya beserta rakan2 dalam 5 orang kesemuanya melangkah dengan penuh nekad untuk menyunting sang puteri core... :)
dengan dua kali lafaz core sah menjadi suami pada isteri core.

memasuki fasa kedua kehidupan sebagai suami isteri, core dengan isteri cukup gawat dalam segi ekonomi pada awal perkahwinan, kami hanya ada duit sebanyak rm300 , itulah wang yang kami hematkan dalam berbelanja sebelum menemui cara untuk kami cari rezeki. Berbekalkan bakat yang Allah beri, core beserta isteri struggle melukis untuk survival. Sebut saja apa medium yang tidak kami conteng bagi mendapatkan rezeki. Core masih ingat mula-mula core mendapat tempahan kasut sebanyak 2 pasang, di situlah bermulanya kerja seni kami berdua. Selepas tu core dan isteri melukis gerai burger yang mana kami di beri upah rm70. Begitulah peritnya kehidupan suami isteri tanpa perancangan, he..he..
yakin la kita mungkin miskin tapi ALLAH itu maha kaya, jadi bagi pasangan di luar sana janganlah takut untuk ambil keputusan berumah tangga. Allah maha kaya men.... :)

Core dan isteri mendapat cahaya mata hampir setahun lebih, rasa kecewa juga pada mulanya. Apataknya ipar-iparku yang perkahwinan mereka sebaya kami telah pun masing-masing mempunyai cahaya mata. Almaklumlah "bunting pelamin" kata orang-orang tua di sabah. Terbenak juga dalam minda mungkin kahdi sebabkan aku lanjut usia menikah maka aku kurang subur??.. ha..ha.. tapi sebagai seorang yang beragama CHEWAAH.. he..he.. bersangka baik itu perlu. Dan Alhamdulillah Allah memperkenan akan keinginan kami berdua untuk mendapat zuriat. Muhammad Soleh itu la nama bagi si comel kami. pada mulanya kami berdua sudah pun menetapkan nama bagi anak kami yang bakal lahir dengan nama Iskandar Zulkarnain, akan tetapi nama tersebut bukan miliknya.
Nama Muhammad Soleh datangnya dari seorang kiyai yang bernama SYEKH UMAR FATTULLAH yang mana pada ketika anak kami dalam kandungan , adik kepada isteri core(ipar) mengaji di salah satu pesantren termashur di Temboro ,Indonesia. Mengikut cerita ipar core, setiap hari akan pasti ramai warga yang mahu berjumpa dengan syekh tersebut, di percayai beliau mempunyai karamah dan beliau merupakan pengasas bagi pesantren tersebut. Oleh kerna itu beliau merupakan orang yang amat di senangi dan di kagumi. Bertuahnya kami saat ipar core dapat berjumpa dengan beliau di kala sepertiga malam, di mana beliau berselawat dan munajat menadah tangan kelangit dan terus memberikan nama Muhammad Soleh agar di berikan pada si comel kami. Dari sinilah si comel core mendapat namanya.
22.10.2019 inilah tarikh keramat core menjadi ayah. Pukul 6 tepat pagi anak core melihat dunianya, rasa macam mau nangis , ketawa, bangga, risau, cemas, dan pelbagai lagi la rasa yang core ada masa mula-mula melihat dan memegang amanah yang Allah berikan. Rasa mau nangis sebab kurnia yang kami tunggu2 telah pun tiba, rasa ketawa sebab core naik satu anjakan kehidupan. Rasa bangga sebab core menjadi seorang ayah. Rasa risau untuk menjalankan sebaik mungkin tanggungjawab. Rasa cemas sebab seorang manusia yang kecil berada di tangan core dan lain-lain.
Soleh membesar dengan cepat sekali, pelbagai perkembangan core saksikan ... jatuh bangun soleh , gelak tawa soleh, celuparnya soleh dan macam-macam ragam lagi kami di pertontonkan..Kini soleh sudah pun berumur setahun 3 bulan, perasaan core ingin melihat soleh dewasa semakin menjadi-jadi.
Berbalik pada kehidupan rumah tangga core, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun adakalanya sedikit salah faham , bertegang-urat dan adakalanya di sebabkan krisis adik core dan isteri namun core hadam dan terima sahaja mengikut irama alam. bagi core ini semua Ragam kehidupan seorang manusia yang tidak sempurna.

 



Tuesday, June 7, 2016

Core sayang kamu Geng


Jam di lappy menunjukkan 1:11 PM , tetiba hati terdetik untuk menulis entri baru buat blog yang rasanya agak lama core ketepikan dek kerna kesibukan dan malas yang menghalang untuk berkarya diblog ini. Hari ini genap 3 hari manusia sejagat berpuasa (bagi yang muslim la ...), aku terpanggil untuk merakamkan memori core dengan GENG ku ini dalam bentuk tulisan... he..he..
Core rasa semacam dalam pada mengetik papan kekunci lappy pada ketika ini, hmm... satu rasa yang core dapat sangat rasakan LAPAR ha..ha.. apataknya hari ini core terpaksa berpuasa tanpa bersahur. Core terlepas waktu bersahur sebenarnya, mujurlah waktu subuh sempat juga core curi, walaupun dah tinggal minit-minit akhir matahari nak terbit untuk menjalani tugasnya menyinari alam maya.Perasaan yang core maksudkan disini sebenarnya lebih kepada perasaan rindu kepada si buah hati... chewaah (lebur dah "NO WOMAN NO CRY" punya prinsip he..he.)
core asyik merindu , rindu dan terus merindu.... 


Sebenarnya core tidak suka di permainkan oleh rasa sebegini, layaknya semacam core di "rogol" oleh perasaan RINDU...
yang peliknya core bukannya baru sehari dua kenal dunia CINTAN-CINTUN ni tapi entahlah dengan GENG ku ni rasa lain pula..
rasa macam core terkeluar dari "garis khatulistiwa"... :)

"Core sayang kamu geng kerna ALLAH"....
mungkin perkataan sahaja tidak cukup atau bahkan kamu mungkin perlekehkan...tapi percayalah segenap jiwa raga core dedikasikan untuk kamu geng... :)


"so sweet", bilang seorang adik tu, bila ada ayat2 jiwang terpacul dari mulut dan minda core...he.he..
tak sweet mana pun sebenarnya, sebabnya core belum pun memperlihatkan realiti sebenarnya ayat"SWEET" itu...


"SWEET" mungkin dapat ku raih dan hayati selayaknya jika GENG ku dapat ku takluki sepenuhnya ....
maksudnya yang gitu-gitu tu.... he..he.
jangan salah tafsir uh?? gitu-gitu yang core maksudkan "kahwin dan nikah"...
yup "KAHWIN dan NIKAH" ....

insyALLAH itu "impian tertunggak" CORE,....
heran? kenapa core kata "impian tertunggak"?...
sebenarnya impian itu dah pun melebihi masa janji core pada diri core sendiri,.... tapi macam yang kita sedia maklum "Kita merancang Tuhan tentukan"...
pelbagai masalah dan karenah core terpaksa lalui dalam merangka kerangka IMPIAN yang core impikan ni...

Apa yang bermain di benak core dalam memikirkan hal ini hanya satu,... takutnya core akan permainan "TAKDIR"...

kadang core berfikir, memerah otak mencari di mana silap diri hingga terpaksa hadapi situasi ini, pernah tak korang rasa perasaan seperti "menggapai bintang di langit?" yang nampak seakan di genggaman tapi hakikatnya ianya jauh di telan jarak yang tidak tercapai dek akal manusia seperti core......

Hatta dari sudut berbeza core juga melihat adanya kepincangan dalam kehidupan manusia.....,
core melihat akan kejamnya ADAT dan UNDANG-UNDANG manusia?..
keinginan dan hasrat suci terhalang sebab dua ni la??..
sebab inilah lahirnya LAILA dan MAJNUN juga ROMEO dan JULIET...



bersambung...

(part 2)

hubungan core ngan geng ku ni still on progress , nak kata ending kami semacam pasangan yang core mention di atas wallahuahlam....
seindah hubunga mereka wallahualam juga....
kerna kami hanya mampu merancang tapi DIA yang maha menentukan....
setakat ini Alhamdulillah, walaupun sebenarnya kami ada juga mengalami jatuh dan bangun mood dalam hubungan kami... normal bagi kehidupan bagi yang berpasang-pasangan....
kami juga tidak lepas dari begitu...

hujan renyai-renyai memecah keheningan di tempat core mengetik papan kekunci di kala mengundang mood untuk menulis pada entri (part 2) ini.
otak core agak blur untuk menulis pada ketika ini sebenarnya dek kerna "kotak fikiran" core terbahagi dua....
sebahagian memikirkan jalan cerita dan bait-bait kata untuk aku ketengahkan dalam entri ini dan sebahagian pula memikir perihal kesihatan GENG ku di kala ini....

fuhh.... kacau betul hidupku sebab mu ni GENG... tapi aku suka :) (damn seriusly)...
inilah pertama kalinya dalam sejarah hidupku dalam menjalin hubungan dua jenis , core letakkan full perencah "KOMITMEN" kedalam hubungan.

core baharu jak sebentar tadi bersapa di laman fb dengan GENG ku.. dan perkhabaran tidak sihatnya itu yang dia sajikan buatku... bila ku kata, "core risau akan kesihatannya" adakah dengan selambanya dia kata "dia suka aku risau?".....

hmm.... begini kah misteriusnya jalan kehidupan BERCINTA??

banyak sangat perubahan ku rasa dalam diri core semenjak mengenali GENG ku ni...ada perubahan yang core sangat syukuri dia ubah dalam diri core.. tapi ada juga hal-hal yang core tidak suka....

(*nota:segala sesuatu itu atas kehendakNYA, itu jangan di sangkal*)

bermula dari sahabat hingga kami jadi pasangan kekasih...
bermula dari doa istikharah ku sehingga bertukar pada doa memohon dia menjadi pendamping masa depan ku....
bermula dari GENG ku yang super kool dan kini suka sangat merajuk dan marah-marah .. he..he..
apalah sangatnya merajuk dan marah pada KEBALnya rasa sayang core ni buatnya.... :)

bersambung...

Wednesday, October 8, 2014

EMAIL LAMA






Lepas solat subuh tadi terus layan INTERNET, cari punya cari maklumat , buka punya buka website tetiba pula terbuka email lama core..... my first damn email... mujurlah password core masih ingat dan masih boleh di guna pakai... alhmadulillah, rindu ni akaun yahoo....
dalam aku membersihkan ribuan email dalam nya core terjumpa email-email lama yang pernah core hantar dan terima.... isyk-isyk seronok juga baca email yang pernah core terima dan hantar...
kalau tidak silap core aktif dalam arena email-email ni,  masa keberadaan core di SEMENANJUNG MALAYSIA. 

core sebagai MUSAFIR di sana, bekerja di DENSHI MARUWA dan SONY MALAYSIA.
   
tapi yang sedihnya juga ada, bila core terbaca email dari x-girlfren2 core dulu-dulu ha..ha..
kalau lah core boleh kembali ke masa tu , sungguh core tidak biarkan x-girlfren yg sorang ni... tapi apa boleh buat, besa lah manusia x lepas dari silap, lagi pula penyesalan itu kan selalu hadir di belakang?? :(

core akur masa tu kematangan masih jauh dari diri core, hmmm... 

apa-apa pun life must go on, .......
core doakan semua yang pernah hadir dan singgah dalam hidup core BAHAGIA dunia dan akhirat...
dan setulus hati core meminta halalkan , maafkan semua salah silap yang pernah core lakukan ....
core amat kesali sungguh :) 

Saturday, October 4, 2014

GAMBAR SI PERANTAU di pagi AIDIL ADHA :)



sebelum , selepas dan semasa melawat pusara sepi "ALLAHYARHAM PAKCIK"...







SUBUH AIDIL ADHA



laungan kebesaran memuji dan memuja mu dapat mententeramkan jiwa yang lara,....
Mak , Ayah maaf tidak dapat balik beraya disana..... :(

Thursday, October 2, 2014

nekad ku untuk Puasa sunat ARAFAH..



Tidak sia-sia aku menambah rakan seramai yang boleh yang hanya berpaksikan "tudung labuh, purdah, jubah dan nama-nama islami" pendek kata asal nama atau penampilan profil mereka ada unsur-unsur
keagamaan, semua ku bedal "klik" permintaan rakan terus.

sekejap sahaja bilangan rakan fb ku yang dari golongan-golongan soleh dan solehah (insyALLAH) ramai, dan kini fb ku di hujani dek "hujah-hujah agama, juga post-post dakwah". Alhamdulillah itu lah juga tujuan core asalnya. bagi core post-post sebegitu adalah rahmat bagiku.... :)


dan sebentar tadi , core terbaca satu post perihal "puasa sunat Arafah". Rasa terpanggil pula untuk mengetahui maksud puasa berkenaan dan fadhilatnya. Banyak juga core telusuri pencarian di google berkenaan puasa ini, dan sungguh fadhilatnya luar biasa. terima kasih yang tidak terhingga buat "ukhti" yang sampaikan info ini, amat core hargai... :) syukran ya ukhti!!!, chewah bahasa arab tu .... he..he

sebenarnya sebelum core ketik papan kekunci lappy ni, core dah bersiap nak tido awal bagi menyahut seruan puasa ni dan macam biasa nak "dating" di sepertiga malam nanti. Dalam core berusaha untuk lelapkan diri sambil mendengar alunan Qasidah, core di kejutkan oleh satu panggilan telefon. Mak dan abah telefon bertanyakan bila core nak balik kampung?,... sayu jak ku dengar suara mak, bila core kata tak dapat balik kot... sebenarnya core buntu diantara nak balik dan tidak. Makcik kat ranau ni berharap sangat nak core raya di rumahnya, hmm....

core dalam dilema,....
perbualan core ngan mak dan abah tergantung tanpa ada kata putus... :(

core cuba untuk lelap kembali , tapi dah tak boleh ...
sehingga menitis airmata core ni mengenang mak dan abah , pekena lagi core tekenang betapa bersykurnya para jemaah haji yang akan buat ukuf esok... dan yang cukup buat core lentok habis bila core mengenang nasib diri yang "ingin menghajikan kedua ibu-bapa" tapi masih juga tidak mampu untuk tunaikan impian yang dah lama core tanamkan ini..... impian tertunggak dah ni.. :(
tapi yakin pasti ada hikmahnya,....
ya ALLAH aku tidak akan sekali-kali berburuk sangka akan takdir mu buat diri ini.... :)


yang pasti ESOK ...
aku nak PUASA SUNAT ARAFAH....
this is my first time ever to do this kind of fasting...
FEELING SO EXCITED...
 


Monday, September 22, 2014

LIEBSTER AWARD!




LIEBSTER AWARD?

Naik biingung juga dapat TAG sebegini...... firts tym sangat, dan x pernah ada terfikir pun... x pernah nampak pun aktiviti sebegini....
tapi rasa ingin tahu juga penangan kena tag2 sebegini ni,... mungkin ini salah satu asam garam BLOGGER kot?he..he


Apa-apa pun thanks pada  mama'snia sebab memilih aku untukdi jadikan mangsa menjawab soalan-soalan
berkenaan .... teruja nak jawab ..ha..ha..
almklumlah dah lama x jawab2 soalan ala2 peperiksaan ni he..he..

soalan-soalan yg akak ni berikan...
1. Perkenalkan diri anda..
     
    -  nama sebenar kena bgitahu ka??he..he..
       DARWIN B. ABDULAJID , just call me "win" , i'm sabahan people
       tinggal nun jauh di SANDAKAN, SABAH.

2. Apa aktiviti yang paling anda sukai selain berblog?

    - Aku gemar MELUKIS, MAIN GITAR, GAME, BOLA SEPAK dan MELAWAT
      tempat-tempar orang (yg ada pemandangan mententeramkan mind dan jiwa)

3. Apa yang anda suka tentang diri anda?

    - Segala-galanya aku suka ALHAMDULILLAH (mau tidak mensyukuri nikmat ILAHI??,
      payah nak jawab bila menghadapNYA kelak ... he.he..he..)

4. Keluarga dan teman..yang mana keutamaan?

    - KELUARGA.

5. Ibu dan ayah..siapa anda paling rapat dengan?

    -Ibu 60% dan ayah 40% ,.... dua2 pun aku rapat cuma Ibu dapat kelebihan sikit ,
     sebabnya ibu yg banyak masa di rumah he..he.. 
     [lagi satu dalam ISLAM pun IBU di lebihkan sikit haknya berbanding AYAH... 
     (jngan kecik ati uh ayah ku?? kamu juga terbaik buat ku )]

6. Bila Saat yang anda idamkan?

   - setiap kali airmata mengalir menginsafi kesalahan dan kelemahan diri 
     juga bila mengenangkan KERDILNYA DIRI di depan ILAHI 
     terutama pada masa SEPERTIGA MALAM., (menghsab diri).

7. 2 perkataan tentang kehidupan anda..

   -  Terlalu simple dan PENUH LIKU ...( ya ALLAH aku tidak pernah berburuk sangka dengan
      segala apa yg engkau takdirkan dalam hidupku)

8. Apa Drama tv yang pernah anda tonton dan paling meningalkan kesan dalam hati?

    - 100 hari kematian 

9. Blog yang tak pernah anda miss baca setiap entri? Kenapa?

    - http://sitik.wordpress.com , kerana ianya menyediakan pelbagai info duniawi dan ukhrawi..

10. Sila list 2 blog yang patut saya follow..


     aku bagi free 3... he..he..
    - http://sitik.wordpress.com 
     - http:// win-macam-macam.blogspot.com  (kena la promot kan?? :P , jngan marah kak?? ..)
     - http://hafiqolbu.wordpress.com
     -http://hairul.com/    (sebab akak kan suka masak??? he.he.)
     -http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/

11. Apa istimewa blog tersebut?

     - lengkap untuk hidup seharian kot??... nak masak, nak dengar celoteh, nak tahu info2  
      AGAMA dan DUNIA he..he.. (x la berapa istimewa besa2 jak )

fuyoo.... akak ni bagi soalan mantap la, berkerut juga dahi ni nak jawab .... namun berkat ke-SLUMBER-an aku lepas dah kot?? ha..ha.. , so the next step is sediakan soalan untuk the lucky BLOGGER yg core pilih??.. soalan ilmu kira-kira bleh??..algebra, statistic??...ha..ha.

payah juga nak buat soalan cepu emas ni??.... isyk2..


soalan-soalannya adalah:-

1. Blogger paling TIP-TOP sekarang mengikut kamu siapa uh? (nak tahu juga ni....)

2. Jenis-jenis BLOG yang tidak mendapat tempat dihati dan minda kamu?
  
3. 10 tahun dari sekarang rasa-rasanya kamu di tahap mana sebagai seorang BLOGGER??

4. Belajar bab-bab AGAMA melalui media BLOG pada kamu ia sesuatu yang BAIK atau TIDAK?

5. Nyatakan sebab-sebabnya jika BAIK atau TIDAK? (kesinambungan soalan no.4)..

6. Perlukah seseorang yang berstatus "PROFESSIONAL" mempunyai blog, bagi kamu?

7. Jika di beri kesempatan untuk berjumpa BLOGGER terkenal, sapa BLOGGER yang ingin kamu temui?


8. Jika di beri kesempatan untuk diadakan satu event, yang menghimpunkan BLOGGER2 tidak kira    
    BLOGGER berstatus suka-suka atau yg berstatus sepenuh masa atau dalam istilah lainnya famous
    (yg ramai follower) di malaysia, adakah anda setuju??

9. Jika kamu di beri kelebihan mampu menulis apa sahaja jenis artikel, artikel yang bagaimana kamu
    inginkan? dan mengapa?

10. Apa pendapat kamu tentang negeri SABAH? dan mahukah kamu untuk datang melawat SABAH?

11. pendapat kamu secara jujur tentang blog aku?? jawapan membina yang membolehkan aku memperbaiki       cara penulisan ku... he..he.


naik pitam juga aku nak sediakan soalan-soalan ni....
sekejap terlentang, sekejap duduk, sekejap merenung dinding dan tara.... siap juga soalan berantai ku??..
harap nama-nama blogger yg aku tag ini dapat jawab dengan slumber jak ni soalan... kacang jak pun :P


ni senarai blog yang aku randomly chosen..

2. http://misz-ayu.blogspot.com/
4. http://andajuta.blogspot.com/
5. http://tigosotigo.blogspot.com/
6. http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/
8. http://istimewa2u.blogspot.com/
9. http://aderakukeysah.blogspot.com/
10. http://ziraleeyas.blogspot.com/

Kepada tuan blog yang tertag ni.. selamat  menjawab...selamat ber Liebster Award.
*dah jawap soalan nanti link ke komen ..nak juga baca jawapan kome suma...

Thursday, September 18, 2014

la tahzan innallaha ma'ana ya CORE!!


core buat dengan tangan sendiri ni..
doaku buatmu.. :)



19hb september 2014,
satu lagi tarikh yg memberi kesan dalam hidup core, kira keramat la ...
di kala otak core ni liat memerah idea untuk menulis entri ni, sebenarnya hati core ni berkecamuk ...... pelbagai persoalan mencurah2 , KENAPAKAH? MENGAPAKAH?BAGAIMANAKAH? dan bermacam lagi la.... isyk2 :(

core redha ngan segalanya cuma apa yg menyedihkan buat core, u just take decision by urself even without any single reasonable reason...
core amat suspect kamu geng (oops respect, silap pula)..
blog....blog.... kamu juga jadi mangsa untuk core meluah... ha..ha.
dan x lupa juga teman yang sudi mendengar celoteh core tadi pagi.. syukran :)

lagi satu hal , today is ur bestday....
core baru jak rangka surprise present dan timeline untuk raihkan bestday kamu tu geng...
nampaknya core yang terkena penangan "surprise" tu.... ha..ha..

sebenarnya core takkan marah atau sedih dengan apa yg kamu buat untuk core ni geng, kerana aku kan pernah janji, terima baik dan buruknya dirinya kamu... sekalipun kamu buat silap atau salah core akan cari seribu satu alasan mengapa kamu berbuat salah demi untuk "menidakkan" yg kamu buat salah.. :)

syukran jazilan pada kamu geng sebab pernah hadir dalam hidup core,
penyebab berubahnya diri core untuk lebih dekat dengan KHALIQ ku....
core hanya mampu tersenyum bersulam duka (sikit2 la he..he) ...
hanya ISTIGHFAR jadi penghibur "jiwa galau" ku ini....

macam pelakon layar perak pula core rasanya, ...he..he
kisah awal bermula dengan ISTIKHARAH dan berakhirnya hubungan kita pun dengan ISTIKARAH.... :)
ya ALLAH core cukup kerdil untuk mengangan-angankan segala yg ENGKAU ketahui..
tapi core pasti ini satu lembaran baru yg akan kami gunakan untuk kearah hidup yg lebih baik... insyALLAH....

berprasangka baik kepadaNYA itu yg UTAMA..

la tahzan innAllaha ma'ana ya core!!!




   

Sunday, September 14, 2014



my bestday,.....
Alhamdulillah segala puji dan syukur core panjatkan kehadrat ALLAH SWT atas segala nikmat dan rahmat di beri. Nikmat umur yg di pinjamkan olehnya dari sejak kelahiran hingga kini cukup core syukuri.

Mak , Abah terima kasih kerna menjadi perantara lahirnya core kemuka bumi ini, membimbing core tidak putus-putus dan jemu. Mak , Abah dan adik-beradik ku ..... core cukup rasa amat gembira adanya kamu dalam hidup core,... maaf atas kekurangan core , tidak mampu menyediakan keperluan kamu setanding anak-anak lelaki dan abang-abang di luar sana. Apa yang mampu core sediakan dan hadiahkan hanya sekelumit doa di setiap solat ku, itu tidak mungkin ku lupa insyALLAH selagi ada hayat di kandung badan.
mak , Abah dan adik-beradik kamu la saja tempat aku rasa selamat , di hargai dan di sayangi.

Pentingnya kamu buat core , hanya ALLAH SWT yang tahu.....

buat kuarga core kamu-kamu juga cukup terbaik....

dan untuk "rinduku" terima kasih atas kehadiranmu..
semoga hubungan kita ini di redhainya , dan semoga perasaan yang kita ada ini menambah lagi ketakwaan
kita kepadaNYA....

arghh... lega core dapat luah :)

hmmm sebenarnya tatkala core mengetik papan keknuci lappy ni core sedang bersahur,... esok kan bestday aku so aku puasa nazar insyALLAH selama 3 hari. sebenarnya posa nazar ni bukan semata-mata kerna bestday aku jak tapi juga bestday "rinduku" yg mna 4 hari berselang sahaja bestday kitaorang..he..he.
dan bagi mensyukuri segala apa yang core nikmati juga kuarga core... :)

STAY SOLEH konon??... sbenarnya core bukan soleh pun, he..he.. insyALLAH berusaha kearah itu....

SANAH HELWAH CORE!!!!

Tuesday, September 9, 2014

core adaptasi benda baru

Salam guys ….
untuk entri kali ni kita ubah sikit, sebabnya core banyak deal ngan hal ni recently… he..he..
apa?? Suspen?? Cukup bahaya juga la hal ni,
bahaya untuk kesihatan atau boleh jadi juga baik untuk kesihatan… ha..ha..
terpulang pada setiap individu.  Ha..ha..

nak tahu??.. tara….. MASAK.

core nak kongsi satu resepi ciptaan CORE kot??...
simple jak resepi ni , just petik jari siap dah…
tapi jangan petik jak jari tu?? Kena gerak juga untuk penyediaannya tu ha..ha…
kita “jump” jak la terus pada bahan-bahan nya dulu….



bahan-bahan

untuk menumis:-

Bawang merah (ikut suka kamu berapa biji he..he..)
Bawang putih (ikut suka kamu berapa ulas he..he..)
minyak atau marjerin (agak2 la isipadunya ha..ha.)


bahan-bahan utama:-

Udang
(yang telah di kopek kulitnya, kalau x kopek tak seksi la …. So tak kena dengan nama resepi ni he..he…)
               
Sosej (berapa banyak yang korang mau)

Telur ayam (ikut suka hati korang juga berapa biji tapi pastikan pukul hingga sebati telur tu..)


bahan-bahan tambahan :-

Ajinomoto / penambah perisa
garam
Lada putih kisar
Air
Sayur (ikut kreativiti korang juga)
Sos tomato atau Sos tiram.



Cara2nya :-

panaskan minyak,
masukkan bahan tumis, tunggu sehingga naik bau…
Masukkan sos tiram ata sos tomato
Masukkan air (agak2 la isipadunya he..he.)
Masukkan udang , sosej, sayur, tomato
bubuh ajinomoto, garam dan lada putih
last but not least
masukkan telur(bila dah hampir masak, supaya kuahnya pekat).


Siap untuk di hadam he…he..

maaf x dapat details sangat penyediaannya sebab core ni bukan CHEF he..he..

o ya lupa nama resepi ini…core namakannya :-
UDANG SOSIAL

*ada kelainan tak cara tulis ni resepi?? Nama resepi letak di bawah lagi ha..ha..*


                                

Friday, May 16, 2014

IBU MITHALI

IBU MITHALI


Lagu ku gubah khas untuk IBUku dan para ibu di luar sana sempena hari IBU.....

Tiadalah aku mengenal erti hidup tanpa IBU...
Tiadalah aku mengenal erti pengorbanan tanpa IBU...
Tiadalah aku mengenal erti sayang tanpa IBU...
Tiadalah aku mengenal SEMUA yang ada di alam ini tanpa IBU...
terima kasih IBU.....

Wednesday, February 19, 2014

laungan KEBESARAN MU

Alkisahnya bermula bila pengembaraan core bersama member2 lain di sebuah perkampungan di pendalaman yang di panggil BUANG-SAYANG...

sayu hati core masjid yang comel ini tiada berpenghuni(JEMAAH) hanya si pak imam yang uzur yg mengelola masjid ini semasa keberadaan kami di sana..... bukan niat mengaibkan kampung ini tapi sekadar untuk berkongsi agar rumah ALLAH ini meriah tidak kira di mana ia bertapak.... ya ALLAH bukakan hati setiap umatmu agar sama-sama memelihara ruamh mu ini...


di rakam oleh member core dengan hanya menggunakan IPADnya sebagai medium merakam simpang-siurnya suara core melaungkan kalimat kebesaran umat ISLAM ini....

Friday, February 14, 2014

CINTA ILAHI



ILHAM pertama core yg berbentuk LAGU.....

walaupun bukan genre CORE ... he..he..

GENRE lagu KEAGAMAAN.......

tidak la secantik lagu2 di pasaran dan blum di perkemaskan lagi, mungkin begitu jak la sampai keakhirnya... ha..ha

Kord gitar x ler serumit Kord yg di mainkan oleh yg pro-pro di luar sana... it's just a basic GUITAR CHORD men... :)


Lagu sebenarnya tercetus akibat terlalu bnyak kisah cintan-cintun yg core tidak sengaja tonton dan yg segaja core tonton he..he..


core cuba untuk menulis lirik yg langsung berkisar cinta untuk si wanita or lelaki, tapi secara jujur core kaku untuk hal-hal perhubungan sesama manusia ni( COUPLE2 ), so sbab tu lirik ni teralih kepada CINTA pada yg ESA..... dengan penggunaan "CINTA" untukNYA sahaja kescucian , kemurnian kurnia perasaan indah ini terjaga.....

Tuesday, February 4, 2014

LIARNYA AKU...



LIARNYA AKU!!!..

            Dah agak lama juga CORE x buat entri baru buat blog ni… Rasanya x jadi masalah pun kalau CORE x isi ruang legar BLOG win-macam-macam.blogspot.com ni, well I’m not a full time blogger or I’m not a serious blogger anyway… ha..ha.. So samada wujudnya entri baru or tidak, teda sapa pun yang tertunggu-tunggu kan? …. :0

            Apa yang CORE nak kongsi pada entri kali ini adalah berkisar pada zaman jahiliah lagi. Bukan zaman arab-arab purba tu tapi lebih kepada kejahilan hidup CORE masa kecik2 dulu. Sebenarnya CORE rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman zaman kecik CORE bersama korang geng. Yelah mungkin zaman kecik CORE dulu x lar sebaik zaman korang, tapi bagi CORE ada keunikannya juga zaman kecik-kecik CORE dulu.
             
            Melihat aktiviti bebudak sekarang pun CORE rasa semacam keaslian fitrah “BUDAK-BUDAK” dah hilang or tidak di manfaatkan sepenuhnya. Kebanyakkan sepanjang hari memerap di rumah bermain GAMING dan SURFING… yup surfing. SURFING internet lar…ha..ha.. budak yang setahun jagung sekarang dah leka dek dunia CYBER geng. Pendek kata “kurang adventure”. Mujurlah tempat CORE tinggal ni adalah juga waris-waris yang mewarisi aktiviti-aktiviti zaman-zaman CORE dulu. Yelah tempat CORE tinggal ni kawasan setinggan geng, so faham2lah nak dapatkan benda2 permainan canggih2 tu kurang berkemampuan sikit…J

            Masa CORE membuat entri ni sebenarnya “MUSIM LAYANG-LAYANG” melanda tempat tinggal CORE. Mungkin luar dari negeri sabah agak pelik dengar istilah “MUSIM LAYANG-LAYANG” kan? Ha…ha… tapi di tempat kami lumrah bagi sesuatu permainan bila tiba waktu dan ketikanya ia di mainkan bersama or lebih tepat lagi POPULAR pada waktu tersebut. Maka ayat “MUSIM” tu di gunakan . contohnya ayat seperti diatas, musim gasing, musim biji getah, musim guli dan macam-macam lagi la… J

            Berbalik pada kehidupan subjek utama dalam cerita ni.he..he.. CORE kecik2 dulu so damn pemalu geng, kengkawan pun punyalah men sikit…ha.ha.. adalah dalam 2-3 kerat gitu. He..he… walaupun CORE Cuma ada sekelumit kengkawan yang tidak pun megelilingi pinggang CORE ni , Alhamdulillah kami memang “satu kepala”. Kemana saja mesti bersama bila diluar aktiviti sekolah la… sebabnya kami sekolah berasingan so hanya dapat bersama bila cuti sekolah. (oops  sebenarnya ari-ari pun jumpa, he..he… sekampung dan berjiran lagi la katakan.. ha..ha).

            Masa kecik kitaorang CORE lah saja diantara kami yang punya otak “bisnes minded”. Ada-ada jak plan CORE untuk hasilkan PULUS. Tapi tidak lagi bila dah dewasa ni.. ha..ha.. bila tiba masanya musim-musim permainan yang CORE sebutkan tadi maka disinilah “keliaran” CORE bersama yang lainnya muncul. Bila ianya musim biji getah, CORE bersama member kamceng akan keluar memburu misteri BIJI GETAH, yup ianya “MISTERI” ini kerana biji getah hanya kami perolehi bila masuk belukar atau hutan. Tapi tak la cam hutan AMAZON or hutan yang tebal giler tu, just anak-anak hutan la…. Cabaran utama yang kami hadapi selain kesukaran menggeledah semak-samun, nyamuk dan serangga, babi hutan adalah halangan yang kami paling segani… he..he.. (oops.. sebenarnya bukan segani tapi TAKUTI geng). Bila kami bertembung dengan PENJAGA biji getah ni hmm hanyalah ketangkasan dan stamina jadi senjata utama melarikan diri darinya. Ha..ha..  Disebabkan keghairahan untuk mengaut keuntungan juga populariti sebagai dealer biji getah semua FEAR FACTOR tu kami ketepikan. Alhamdulillah so far x delah kecelakan yang teruk selama misi2 itu kami jalankan , cedera ringan tu adalah. O ya selain dari cabaran yang diatas  sebenarnya ada lagi yang lebih ganas dari BABI HUTAN tu geng, he..he… nak tahu? Ni dia “APEK dan senapang patahnya” cam tajuk filem pula. Kekadang terpaksa core dan yang lainnya berdepan situasi genting di acu senapang patah apek2 ni ha..ha.. tapi khilaf kiraorang juga, bukan biji getah si apek jak yang kami punggah sampai buah-buahan miliknya juga jadi habuan kitaorang. You name it, and u will have it ungkapan yang cukup sesuai CORE ungkapkan menggambarkan , begitu banyakknya jenis buah-buahan tempatan di dusun buah-buahan milik apek2 ni. Sebenarnya kekesalan berbuat demikian(kebas buah-buahan) ada gak timbul, tapi bila dah waktu kelaparan ditambah hasutan azazil  dan faktor kebudak-budakan hmmm, konfom….
            “Apek gua mewakili yang lainnya mintak maaf sangat-sangat uh, sebab buat apek x senang duduk masa dulu-dulu. “aku yang dulu bukannya yang sekarang”.(mungkin apek2 tu semua dah kembali kerahmatullah kot). 
            Dipendekkan cerita ni la diantara aktiviti masa dahulu kala core. Musim-musim permainan yang lain rasanya x payahla CORE cerita kot sebab ianya normal untuk dilalui oleh majoriti kanak-kanak pada masa dulu.

Monday, July 22, 2013

BUATMU IBUKU..


PENGORBANANMU TAK MENGENAL ERTI JEMU
WALAU HIDUP PENUH RANJAU DAN LIKU-LIKU
JUTAAN HALANGAN MENDATANG NAMUN TAK KAU HIRAUKAN
KEDUKAAN MENGHILANG KAU SELIMUT DENGAN SENYUMAN

                DALAM DIRI ADA MISI YANG TAK ADA HENTI
                MEMBERI ERTI HIDUP UNTUK KAMI HAYATI
                TIADA CERIA DALAM HIDUP IBUAYAH SELIT BUAT DIRI
                DALAM FIKIR HANYA KAMI DULU DAN KINI

KEMUNGKINAN KAMI LUPA AKAN INI SEMUA
LUMRAH HIDUP SI ANAK LUPA INGAT SEMULA
DOA KAMI TITIP AGAR TIADA LAGI DURHAKA
KAMI INGIN MERUBAH , AGAR LAGENDA BERAKHIR SUDAH

                PERIT IBU TIDAK MUNGKIN KAMI RASA
                PENGORBANAN BUAT DIRI JAUH SEKALI KAMI FAHAMINYA
                KAMI TIDAK ALPA JASA IBUAYAH TERPENDAM DI HATI DAN MINDA
                INSYALLAH BUATMU IBUAYAHKU HAMPA TIADA…

MASA KECILKU AKU MUNGKIN POLOS
SEGALA DI HAJATI KU PINTA DENGAN RAKUS
TANPA HIRAU LATAR BELAKANG JUGA STATUS
YA RABB AKU …AKU.. SALAH DAN KU INGIN TEBUS
                                

Tuesday, March 19, 2013

SABAH , SABAR DAN SEDAR….




Feb – Mac 2013 menyaksikan bumi di mana “tembuning” core di tanam bermandikan DARAH dan bersulamkan  HURU-HARA . Tidak pernah terlintas dalam benak ini akan peristiwa sebegini rupa berlaku. 56 tahun MALAYSIA merdeka bermacam kejayaan di kecapi , kemewahan di nikmati, penghargaan di beri, transformasi di pelopori, pendek kata limpahan KESEJAHTERAAN rakyat rasai. Kini bumi SABAH seolah-olah mendapat suntikan “GLAMOR” dek kerana kejutan yang di beri oleh kehadiran “KESULTANAN SULU” membuat lawatan mengejut yang mana tanpa persediaan menyambut mereka…ha..ha..
Suntikan “GLAMOR” yang core maksudkan ialah kerana SABAH menjadi tumpuan di kalangan negeri-negeri yang ada di MALAYSIA kini. Mungkinkah kejadian ini adalah satu cebisan teka-teki adanya AZAB pada 2012 seperti mana mereka gembar-gemburkan pada satu ketika dulu??..Ianya masih segar pada ingatan core ramalan karut kaum “MAYA” , ramalan ahli bijak ASTRONAUT, dan berbagai lagi pendapat yang di ketengahkan dari pelbagai pihak. Sehinggakan kaum muslimin juga banyak yang goyang pada ketika itu. Mujurlah ianya di tolak mentah-mentah oleh alim ULAMA kita berdasarkan garis panduan dalam kitab dan ajaran ISLAM itu sendiri. Acore juga tidak terlepas ingin merungkai teka-teki tersebut.. he….he…J
Terlalu lemah rasanya keimanan yang ada khususnya dalam jiwa core ini dalam menerima kejutan-kejutan “ILMU ALAM” beserta RAHSIANYA….
Berbalik pada HURU-HARA yang rasanya tip-top sekarang ini, seperti tanpa MUQADDIMAH tempat yang dulunya penuh dengan kemanan bertukar hiba seakan berada di zon “perang”. Core mungkin mendapat hanya sedikit “biasan” dari kekecohan ini yang mana berlaku sekitar beratus kilometer dari tempat core bersandar sambil mengetik papan kekunci lappy di ketika ini. Dari sudut perspektif yang lain, mungkin dari sudut pandangan “bebudak gila-gila”, terima kasih juga atas kunjungan yang mendakwa askar “KESULTANAN SULU” ini. Apataknya banyak juga pengajaran serta manfaat yang diterima oleh pihak kerajaan MALAYSIA khusunya negeri SABAH. Mula-mula mungkin dari segi KAWALAN KESELAMATAN di perairan negara akan di naik-taraf kawalannya selepas ini, yang mana seperti yang kita ketahui bagaimana puak militan yang lengkap bersenjata berat ini dengan senangnya bolos ke negeri sabah. Sabah juga seakan lebih mendapat perhatian kini, kunjungan dari pembesar-pembesar negara juga kerap di lakukan. Pesta “LIMA” juga lebih awal penduduk sabah alami berbanding langkawi pada kali ini, dan mungkin lebih ummph lagi dari original versi LIMA LANGKAWI he..he.. , kunjungan jet-jet pejuang dari jenis F18 hawk dan Hornet yang membelah angkasa negeri di bawah bayu ini memberi keterujaan buat kami di sini,…. Perisai , senjata-senjata yang selama ini core hanya mampu saksikan dalam movie kini secara langsung terhidang depan mata.. J
Dan apa yang lebih menarik sabah kini menjadi markas TENTERA.
Namun di sebalik semua ini core sebagai seorang muslim sebenarnya rasa sebak juga akan kehilangan jiwa-jiwa yang terkorban dalam perang yang tidak sepatutnya berlaku ini. Tuntutan pihak kesultanan sulu terhadap SABAH sepatutnya tidak timbul jika etika seorang muslim , hakikat seorang ISLAM kita aplikasikan dalam hidup kita. Bagi core mengapa tidak saja pergi ke saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini? … ICJ? Ha..ha.. hukum dunia sebenarnya terang-terang kita ketahui bukan berdasarkan ALQURAN. Ikuti lah apa yang di praktikkan pada zaman khalifah seperti mana yang di amalkan oleh umat islam di masa lampau. InsyALLAH, keamanan pasti terserlah. Mengapa perlu adanya sempadan-sempadan NEGARA? Mengapa perlu adanya kaum islam MALAYSIA, kaum islam INDONESIA, kaum islam selatan FILIPINA dan yang lain-lain?? Syabas kaum kuffar kerana sistem yang kamu terapkan dalam hidup masyarakat dunia keseluruhannya berhasil?? Sempadan-sempadan palsu yang kamu reka dan yang di agung-agungkan oleh masyarakat dunia berjaya memecah-belahkan saudara seagama ku…
Sifat jati diri, sikap wathaniyyah yakni sikap kasihkan negaranya inilah bagi core memberi suntikan terjadinya perbalahan di antara MALAYSIA dan KESULTANAN SULU di kala ini. Dengan sikap wathaniyyah inilah maka sesuatu bangsa akan mempertahankan kawasannya dari di ceroboh oleh bangsa lain atau negara lain. Ia merasakan negara itu miliknya dan tidak boleh diduduki, apatah lagi di miliki oleh 
Orang lain walaupun sesama muslim. WATHANIYYAH atau dalam bahasa classnya “PATRIOTISME” telah menutup sikap kasih-sayang, persaudaran, semangat setia kawan, persaudaraan dan kesatuan seperti mana yang di wajibkan oleh ALLAH SWT keatas sesama muslim. Core juga pernah terbaca satu risalah yang mengatakan “menurut hukum ISLAM, keseluruhan wilayah/tanah ISLAM adalah hak muslimin dan setiap muslim bebas bertempat atau tinggal di wilayah/tanah mana sekalipun yang di sukainya”.
teringat pula ungkapan ustadz “haji hashim” pada satu ceramah agama yang core hadiri satu ketika dulu, “manusia ini terlalu berangan tinggi, dengan senang-senang menafikan hak ALLAH SWT”… he..he…
sungguh tepat apa yang di kata oleh ustadz tersebut. MANUSIA ini nilainya KOSONG … hapuskanlah sikap pemilikan yang palsu, wahai saudara seagama ku???.... tiada satu benda walau sekecil zarah milik kita dalam muka bumi ini?

O ya terlupa pula nak hurai pasal cerita-cerita  atau khabar angin yang core terbaca dalam “social network” berhubung isu di LD ni. Konon-kononnya askar kesultanan ni ada yang punya kekebalan. Ha..ha.. siap pakai azimat kononnya la, entahkan betul atau tidak? Tapi sebagai orang yang beragama ini semua karut sama sekali. Tapi core tidak menolak adanya unsur mistik terjadi….  Menurut sumber dan cerita orang-orang lama , sesuatu amalan khususnya amalan zikir tertentu memungkinkan seseorang itu mendapat kelebihan dari manusia biasa. Pernahkah kita terbaca atau pernahkah kita dengar ilmu TASAUF?? Ala ilmu yang di kaitkan dengan wali-wali ALLAH… melalui rangkaian ilmu sebegini lah maka adanya kejadian yang luar biasa terjadi, Wallahuahlam…
tapi jika nak merungkai ilmu seumpama ini rasanya tak perlulah geng-geng sekalian, takut pula korang terpesong akidahnya jika daya saring serta penerimaan yang tajam tidak ada dalam diri kita. Tapi satu yang pasti sekebal mana pun, sekuat mana pun, seliat mana pun seseorang yang bernama manusia atau mahklukNYA pasti akan kembali kepadaNYA bila sampai waktu dan ketikanya, kerna setiap yang bernyawa pasti tidak lepas dari kematian…. :)

Namun di sebalik kedukaan akibat pengorbanan yang terjadi, ada lagi kesedihan yang core rungkai di kalangan warga MALAYSIA ini. Orang kita ni terlalu cepat melatah, membuat spekulasi sesuka hati tanpa mengimbangi sesuatu hal berdasarkan ilmu dan akidah. Contohnya di kala ini, ada di kalangan warga kita memperlihatkan warna PERKAUMAN. Sehingga suku-sakat yang di anggap atau yang di label penceroboh atau pengganas tersebut turut sama terasa maki hamunnya…. Beginikah konsep 1MALAYSIA yang di laungkan oleh pihak kerajaan atau beginikah caranya sesuatu negara yang mengamalkan masyarakat MAJMUK?.... Apakah warga kita terlupa punca kehancuran kebanyakkan negara adalah akibat amalan perkauman ini?? lupakah kita rusuhan yang terjadi pada negara kita satu ketika dulu?? Janganlah berbangga dan bermegah dengan kaum masing-masing..... menyemarakkan api perkauman bukanlah satu kaum yang baik bagi core. Apa yang buat core tercuit hati lagi, apabila ada pula pihak yang mempromo kaum mereka untuk berperang…. Ha..ha.. cukup-cukuplah keberanian untuk berperang. Bagi core keberanian dalam peperangan itu hanyalah layak sebagai satu cerita dongeng atau mitos semata…. ha..ha..

Welawei… macam ceramah hal ehwal islam la pula entry ni? Ha..ha…ha..
ucapan takziah core ucapkan bagi kuarga-kuarga yang di tinggalkan oleh mujahidin atau sebaliknya…. Apa yang pasti core tak nak perang-perang ni, biarlah ianya selesai secepatnya… kedamaian itu yang utama.


Perang ,jauhi diriku
Perang ,hindari diriku
Perang ,jangan cemburui amannya hidupku
Perang ,jangan lebihi riuh-rendahnya kekecohan anak-anak kecil di kediamanku
Perang ,jangan cemari warna suasana kampungku
Perang ,aku tidak mengalu-alukanmu
Perang ,aku kutuk setiap tindak-tanduk mu
Perang ,aku “jakun”mengenalmu
Perang ,aku merayu ….merayu jauhi SABAH dirgahayu sabah tanahairku….

Nukilan ikhlas dari seorang CORE……..