Feb – Mac 2013 menyaksikan bumi di mana “tembuning” core di tanam bermandikan DARAH dan
bersulamkan HURU-HARA . Tidak pernah
terlintas dalam benak ini akan peristiwa sebegini rupa berlaku. 56 tahun
MALAYSIA merdeka bermacam kejayaan di kecapi , kemewahan di nikmati, penghargaan
di beri, transformasi di pelopori, pendek kata limpahan KESEJAHTERAAN rakyat
rasai. Kini bumi SABAH seolah-olah mendapat suntikan “GLAMOR” dek kerana
kejutan yang di beri oleh kehadiran “KESULTANAN SULU” membuat lawatan mengejut
yang mana tanpa persediaan menyambut mereka…ha..ha..
Suntikan “GLAMOR” yang core
maksudkan ialah kerana SABAH menjadi tumpuan di kalangan negeri-negeri yang ada
di MALAYSIA kini. Mungkinkah kejadian ini adalah satu cebisan teka-teki adanya
AZAB pada 2012 seperti mana mereka gembar-gemburkan pada satu ketika dulu??..Ianya
masih segar pada ingatan core ramalan
karut kaum “MAYA” , ramalan ahli bijak ASTRONAUT, dan berbagai lagi pendapat
yang di ketengahkan dari pelbagai pihak. Sehinggakan kaum muslimin juga banyak
yang goyang pada ketika itu. Mujurlah ianya di tolak mentah-mentah oleh alim
ULAMA kita berdasarkan garis panduan dalam kitab dan ajaran ISLAM itu sendiri. Acore juga tidak terlepas ingin
merungkai teka-teki tersebut.. he….he…J
Terlalu lemah rasanya keimanan yang ada khususnya dalam jiwa
core ini dalam menerima
kejutan-kejutan “ILMU ALAM” beserta RAHSIANYA….
Berbalik pada HURU-HARA yang rasanya tip-top sekarang ini,
seperti tanpa MUQADDIMAH tempat yang dulunya penuh dengan kemanan bertukar hiba
seakan berada di zon “perang”. Core
mungkin mendapat hanya sedikit “biasan” dari kekecohan ini yang mana berlaku
sekitar beratus kilometer dari tempat core
bersandar sambil mengetik papan kekunci lappy di ketika ini. Dari sudut
perspektif yang lain, mungkin dari sudut pandangan “bebudak gila-gila”, terima
kasih juga atas kunjungan yang mendakwa askar “KESULTANAN SULU” ini. Apataknya
banyak juga pengajaran serta manfaat yang diterima oleh pihak kerajaan MALAYSIA
khusunya negeri SABAH. Mula-mula mungkin dari segi KAWALAN KESELAMATAN di
perairan negara akan di naik-taraf kawalannya selepas ini, yang mana seperti
yang kita ketahui bagaimana puak militan yang lengkap bersenjata berat ini
dengan senangnya bolos ke negeri sabah. Sabah juga seakan lebih mendapat
perhatian kini, kunjungan dari pembesar-pembesar negara juga kerap di lakukan.
Pesta “LIMA” juga lebih awal penduduk sabah alami berbanding langkawi pada kali
ini, dan mungkin lebih ummph lagi dari original versi LIMA LANGKAWI he..he.. ,
kunjungan jet-jet pejuang dari jenis F18 hawk dan Hornet yang membelah angkasa
negeri di bawah bayu ini memberi keterujaan buat kami di sini,…. Perisai ,
senjata-senjata yang selama ini core
hanya mampu saksikan dalam movie kini secara langsung terhidang depan mata.. J
Dan apa yang lebih menarik sabah kini menjadi markas
TENTERA.
Namun di sebalik semua ini core sebagai seorang muslim sebenarnya rasa sebak juga akan
kehilangan jiwa-jiwa yang terkorban dalam perang yang tidak sepatutnya berlaku
ini. Tuntutan pihak kesultanan sulu terhadap SABAH sepatutnya tidak timbul jika
etika seorang muslim , hakikat seorang ISLAM kita aplikasikan dalam hidup kita.
Bagi core mengapa tidak saja pergi ke
saluran yang betul bagi menyelesaikan isu ini? … ICJ? Ha..ha.. hukum dunia
sebenarnya terang-terang kita ketahui bukan berdasarkan ALQURAN. Ikuti lah apa
yang di praktikkan pada zaman khalifah seperti mana yang di amalkan oleh umat
islam di masa lampau. InsyALLAH, keamanan pasti terserlah. Mengapa perlu adanya
sempadan-sempadan NEGARA? Mengapa perlu adanya kaum islam MALAYSIA, kaum islam
INDONESIA, kaum islam selatan FILIPINA dan yang lain-lain?? Syabas kaum kuffar
kerana sistem yang kamu terapkan dalam hidup masyarakat dunia keseluruhannya
berhasil?? Sempadan-sempadan palsu yang kamu reka dan yang di agung-agungkan
oleh masyarakat dunia berjaya memecah-belahkan saudara seagama ku…
Sifat jati diri, sikap wathaniyyah yakni sikap kasihkan
negaranya inilah bagi core memberi
suntikan terjadinya perbalahan di antara MALAYSIA dan KESULTANAN SULU di kala
ini. Dengan sikap wathaniyyah inilah maka sesuatu bangsa akan mempertahankan
kawasannya dari di ceroboh oleh bangsa lain atau negara lain. Ia merasakan
negara itu miliknya dan tidak boleh diduduki, apatah lagi di miliki oleh
Orang lain walaupun sesama muslim. WATHANIYYAH atau dalam
bahasa classnya “PATRIOTISME” telah menutup sikap kasih-sayang, persaudaran,
semangat setia kawan, persaudaraan dan kesatuan seperti mana yang di wajibkan
oleh ALLAH SWT keatas sesama muslim. Core juga pernah terbaca satu risalah yang
mengatakan “menurut hukum ISLAM, keseluruhan wilayah/tanah ISLAM adalah hak
muslimin dan setiap muslim bebas bertempat atau tinggal di wilayah/tanah mana
sekalipun yang di sukainya”.
teringat pula ungkapan ustadz “haji hashim” pada satu ceramah agama yang core hadiri satu ketika dulu, “manusia ini terlalu berangan tinggi, dengan senang-senang menafikan hak ALLAH SWT”… he..he…
sungguh tepat apa yang di kata oleh ustadz tersebut. MANUSIA ini nilainya KOSONG … hapuskanlah sikap pemilikan yang palsu, wahai saudara seagama ku???.... tiada satu benda walau sekecil zarah milik kita dalam muka bumi ini?
teringat pula ungkapan ustadz “haji hashim” pada satu ceramah agama yang core hadiri satu ketika dulu, “manusia ini terlalu berangan tinggi, dengan senang-senang menafikan hak ALLAH SWT”… he..he…
sungguh tepat apa yang di kata oleh ustadz tersebut. MANUSIA ini nilainya KOSONG … hapuskanlah sikap pemilikan yang palsu, wahai saudara seagama ku???.... tiada satu benda walau sekecil zarah milik kita dalam muka bumi ini?
O ya terlupa pula nak hurai pasal cerita-cerita atau khabar angin yang core terbaca dalam
“social network” berhubung isu di LD ni. Konon-kononnya askar kesultanan ni ada
yang punya kekebalan. Ha..ha.. siap pakai azimat kononnya la, entahkan betul
atau tidak? Tapi sebagai orang yang beragama ini semua karut sama sekali. Tapi
core tidak menolak adanya unsur mistik terjadi…. Menurut sumber dan cerita orang-orang lama ,
sesuatu amalan khususnya amalan zikir tertentu memungkinkan seseorang itu
mendapat kelebihan dari manusia biasa. Pernahkah kita terbaca atau pernahkah
kita dengar ilmu TASAUF?? Ala ilmu yang di kaitkan dengan wali-wali ALLAH…
melalui rangkaian ilmu sebegini lah maka adanya kejadian yang luar biasa
terjadi, Wallahuahlam…
tapi jika nak merungkai ilmu seumpama ini rasanya tak
perlulah geng-geng sekalian, takut pula korang terpesong akidahnya jika daya
saring serta penerimaan yang tajam tidak ada dalam diri kita. Tapi satu yang
pasti sekebal mana pun, sekuat mana pun, seliat mana pun seseorang yang bernama
manusia atau mahklukNYA pasti akan kembali kepadaNYA bila sampai waktu dan
ketikanya, kerna setiap yang bernyawa pasti tidak lepas dari kematian…. :)
Namun di sebalik kedukaan akibat pengorbanan yang terjadi,
ada lagi kesedihan yang core rungkai
di kalangan warga MALAYSIA ini. Orang kita ni terlalu cepat melatah, membuat
spekulasi sesuka hati tanpa mengimbangi sesuatu hal berdasarkan ilmu dan
akidah. Contohnya di kala ini, ada di kalangan warga kita memperlihatkan warna
PERKAUMAN. Sehingga suku-sakat yang di anggap atau yang di label penceroboh
atau pengganas tersebut turut sama terasa maki hamunnya…. Beginikah konsep
1MALAYSIA yang di laungkan oleh pihak kerajaan atau beginikah caranya sesuatu
negara yang mengamalkan masyarakat MAJMUK?.... Apakah warga kita terlupa punca
kehancuran kebanyakkan negara adalah akibat amalan perkauman ini?? lupakah kita
rusuhan yang terjadi pada negara kita satu ketika dulu?? Janganlah berbangga
dan bermegah dengan kaum masing-masing..... menyemarakkan api perkauman
bukanlah satu kaum yang baik bagi core.
Apa yang buat core tercuit hati lagi, apabila ada pula pihak yang mempromo kaum
mereka untuk berperang…. Ha..ha.. cukup-cukuplah keberanian untuk berperang.
Bagi core keberanian dalam peperangan itu hanyalah layak sebagai satu cerita
dongeng atau mitos semata…. ha..ha..
Welawei… macam ceramah hal ehwal islam la pula entry ni?
Ha..ha…ha..
ucapan takziah core ucapkan bagi kuarga-kuarga yang di tinggalkan oleh mujahidin atau sebaliknya…. Apa yang pasti core tak nak perang-perang ni, biarlah ianya selesai secepatnya… kedamaian itu yang utama.
ucapan takziah core ucapkan bagi kuarga-kuarga yang di tinggalkan oleh mujahidin atau sebaliknya…. Apa yang pasti core tak nak perang-perang ni, biarlah ianya selesai secepatnya… kedamaian itu yang utama.
Perang ,jauhi diriku
Perang ,hindari diriku
Perang ,jangan cemburui amannya hidupku
Perang ,jangan lebihi riuh-rendahnya kekecohan anak-anak
kecil di kediamanku
Perang ,jangan cemari warna suasana kampungku
Perang ,aku tidak mengalu-alukanmu
Perang ,aku kutuk setiap tindak-tanduk mu
Perang ,aku “jakun”mengenalmu
Perang ,aku merayu ….merayu jauhi SABAH dirgahayu sabah
tanahairku….
Nukilan ikhlas dari
seorang CORE……..
No comments:
Post a Comment