Thursday, October 2, 2014
nekad ku untuk Puasa sunat ARAFAH..
Tidak sia-sia aku menambah rakan seramai yang boleh yang hanya berpaksikan "tudung labuh, purdah, jubah dan nama-nama islami" pendek kata asal nama atau penampilan profil mereka ada unsur-unsur
keagamaan, semua ku bedal "klik" permintaan rakan terus.
sekejap sahaja bilangan rakan fb ku yang dari golongan-golongan soleh dan solehah (insyALLAH) ramai, dan kini fb ku di hujani dek "hujah-hujah agama, juga post-post dakwah". Alhamdulillah itu lah juga tujuan core asalnya. bagi core post-post sebegitu adalah rahmat bagiku.... :)
dan sebentar tadi , core terbaca satu post perihal "puasa sunat Arafah". Rasa terpanggil pula untuk mengetahui maksud puasa berkenaan dan fadhilatnya. Banyak juga core telusuri pencarian di google berkenaan puasa ini, dan sungguh fadhilatnya luar biasa. terima kasih yang tidak terhingga buat "ukhti" yang sampaikan info ini, amat core hargai... :) syukran ya ukhti!!!, chewah bahasa arab tu .... he..he
sebenarnya sebelum core ketik papan kekunci lappy ni, core dah bersiap nak tido awal bagi menyahut seruan puasa ni dan macam biasa nak "dating" di sepertiga malam nanti. Dalam core berusaha untuk lelapkan diri sambil mendengar alunan Qasidah, core di kejutkan oleh satu panggilan telefon. Mak dan abah telefon bertanyakan bila core nak balik kampung?,... sayu jak ku dengar suara mak, bila core kata tak dapat balik kot... sebenarnya core buntu diantara nak balik dan tidak. Makcik kat ranau ni berharap sangat nak core raya di rumahnya, hmm....
core dalam dilema,....
perbualan core ngan mak dan abah tergantung tanpa ada kata putus... :(
core cuba untuk lelap kembali , tapi dah tak boleh ...
sehingga menitis airmata core ni mengenang mak dan abah , pekena lagi core tekenang betapa bersykurnya para jemaah haji yang akan buat ukuf esok... dan yang cukup buat core lentok habis bila core mengenang nasib diri yang "ingin menghajikan kedua ibu-bapa" tapi masih juga tidak mampu untuk tunaikan impian yang dah lama core tanamkan ini..... impian tertunggak dah ni.. :(
tapi yakin pasti ada hikmahnya,....
ya ALLAH aku tidak akan sekali-kali berburuk sangka akan takdir mu buat diri ini.... :)
yang pasti ESOK ...
aku nak PUASA SUNAT ARAFAH....
this is my first time ever to do this kind of fasting...
FEELING SO EXCITED...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment