Sunday, January 26, 2020

acore , geng dan soleh

Bertahun lamanya core tinggalkan blog ini, di sebabkan kesibukan hidup harian dan unexpected kejadian yang menimpa diri core maka blog ini sepi tidak ku kunjungi. Disini suka core melanjutkan "psycedelic" kehidupan core yang rasanya mendadak berubah. masa core ketik papan kekunci lappy usangku ini core dah pun bergelar BAPA. Alhamdulillah core di kurniakan seorang cahayamata yang sihat, baik rupa paras dan insyAllah akan menjadi anak yang soleh sesuai dengan nama yang di beri.
Mesti korang bertanya siapa ibu kepada putera comel core ni?? (kalau adalah yang tertanya-tanya?he..he..)
Ibu kepada soleh ni adalah wanita yang core pernah coretkan dalam posting yang terdahulu. Dialah geng ku yang mana pernah ku angankan hidup bersama dan doa ku makbul oleh sang pencipta.
perkahwinan kami sebenarnya umpama mimpi dalam mimpi rasanya, kami tidak merancang tapi ketentuan Allah mengatasi segalanya.
perkahwinan kami adalah perkahwinan yang paling rare rasanya di abad ini, sungguh.... :)
tiada pelamin, tiada crowd, tiada persiapan dan orang yang hadir boleh di bilang dengan jari jemari.
core bersyukur kerna di berikan bapa mertua yang cukup baik, dan core amat kagumi personaliti beliau. Beliau adalah seorang pejuang agama tegar JEMAAH TABLIGH malaysia. Mungkin di sebabkan agama dan akhlak yang beliau ada maka perkahwinan core dan isteri tidak di bebani sepertimana perkahwinan-perkahwinan di abad ini. Bukan niat core membandingkan atau mengadili perkahwinan-perkahwinan di luar sana, cuma apa yang saya ingin HIGHLIGHT di sini berkenaan pentingnya agama berbanding adat atau trend yang menjadi ikutan segelintir masyarakat.
Berbalik pada peristiwa core kahwin, core datang melamar isteri hanya di warung tepi jalan. Sehari sebelum tu core berjumpa dengan isteri dan menyuruh isteri saya untuk memberitahu bapa mertua yang core ingin berjumpanya. Alhamdulilah setelah berjumpa bapa mertua maka saya pun menerangkan hajat saya untuk melamar puterinya. Walaupun pada ketika itu bergetar dan berpeluh juga seluruh badan ini dalam menyampaikan apa yang saya hajati. Mujurlah dan Alhamdulillah ibarat mengantuk di sorong bantal , aku di terima bahkan dengan kadar segera terus menikah pada keesokan harinya.
Core pun pada keesokan harinya dengan rasa gemuruh berteman berapa individu bertandanglah kerumah bapa mertua. Ibu dan bapa core beserta adik beradik yang lain tidak dapat menghadirkan diri masa pernikahan core. Ini di sebabkan mereka mengunjungi keluarga di kampung yang mana salah seorang pakcik core meninggal dunia. Core bersama seorang Imam dan pembantunya beserta rakan2 dalam 5 orang kesemuanya melangkah dengan penuh nekad untuk menyunting sang puteri core... :)
dengan dua kali lafaz core sah menjadi suami pada isteri core.

memasuki fasa kedua kehidupan sebagai suami isteri, core dengan isteri cukup gawat dalam segi ekonomi pada awal perkahwinan, kami hanya ada duit sebanyak rm300 , itulah wang yang kami hematkan dalam berbelanja sebelum menemui cara untuk kami cari rezeki. Berbekalkan bakat yang Allah beri, core beserta isteri struggle melukis untuk survival. Sebut saja apa medium yang tidak kami conteng bagi mendapatkan rezeki. Core masih ingat mula-mula core mendapat tempahan kasut sebanyak 2 pasang, di situlah bermulanya kerja seni kami berdua. Selepas tu core dan isteri melukis gerai burger yang mana kami di beri upah rm70. Begitulah peritnya kehidupan suami isteri tanpa perancangan, he..he..
yakin la kita mungkin miskin tapi ALLAH itu maha kaya, jadi bagi pasangan di luar sana janganlah takut untuk ambil keputusan berumah tangga. Allah maha kaya men.... :)

Core dan isteri mendapat cahaya mata hampir setahun lebih, rasa kecewa juga pada mulanya. Apataknya ipar-iparku yang perkahwinan mereka sebaya kami telah pun masing-masing mempunyai cahaya mata. Almaklumlah "bunting pelamin" kata orang-orang tua di sabah. Terbenak juga dalam minda mungkin kahdi sebabkan aku lanjut usia menikah maka aku kurang subur??.. ha..ha.. tapi sebagai seorang yang beragama CHEWAAH.. he..he.. bersangka baik itu perlu. Dan Alhamdulillah Allah memperkenan akan keinginan kami berdua untuk mendapat zuriat. Muhammad Soleh itu la nama bagi si comel kami. pada mulanya kami berdua sudah pun menetapkan nama bagi anak kami yang bakal lahir dengan nama Iskandar Zulkarnain, akan tetapi nama tersebut bukan miliknya.
Nama Muhammad Soleh datangnya dari seorang kiyai yang bernama SYEKH UMAR FATTULLAH yang mana pada ketika anak kami dalam kandungan , adik kepada isteri core(ipar) mengaji di salah satu pesantren termashur di Temboro ,Indonesia. Mengikut cerita ipar core, setiap hari akan pasti ramai warga yang mahu berjumpa dengan syekh tersebut, di percayai beliau mempunyai karamah dan beliau merupakan pengasas bagi pesantren tersebut. Oleh kerna itu beliau merupakan orang yang amat di senangi dan di kagumi. Bertuahnya kami saat ipar core dapat berjumpa dengan beliau di kala sepertiga malam, di mana beliau berselawat dan munajat menadah tangan kelangit dan terus memberikan nama Muhammad Soleh agar di berikan pada si comel kami. Dari sinilah si comel core mendapat namanya.
22.10.2019 inilah tarikh keramat core menjadi ayah. Pukul 6 tepat pagi anak core melihat dunianya, rasa macam mau nangis , ketawa, bangga, risau, cemas, dan pelbagai lagi la rasa yang core ada masa mula-mula melihat dan memegang amanah yang Allah berikan. Rasa mau nangis sebab kurnia yang kami tunggu2 telah pun tiba, rasa ketawa sebab core naik satu anjakan kehidupan. Rasa bangga sebab core menjadi seorang ayah. Rasa risau untuk menjalankan sebaik mungkin tanggungjawab. Rasa cemas sebab seorang manusia yang kecil berada di tangan core dan lain-lain.
Soleh membesar dengan cepat sekali, pelbagai perkembangan core saksikan ... jatuh bangun soleh , gelak tawa soleh, celuparnya soleh dan macam-macam ragam lagi kami di pertontonkan..Kini soleh sudah pun berumur setahun 3 bulan, perasaan core ingin melihat soleh dewasa semakin menjadi-jadi.
Berbalik pada kehidupan rumah tangga core, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun adakalanya sedikit salah faham , bertegang-urat dan adakalanya di sebabkan krisis adik core dan isteri namun core hadam dan terima sahaja mengikut irama alam. bagi core ini semua Ragam kehidupan seorang manusia yang tidak sempurna.