LIARNYA AKU!!!..
Dah agak lama juga CORE x buat entri baru buat blog ni…
Rasanya x jadi masalah pun kalau CORE x isi ruang legar BLOG
win-macam-macam.blogspot.com ni, well I’m not a full time blogger or I’m not a
serious blogger anyway… ha..ha.. So samada wujudnya entri baru or tidak, teda
sapa pun yang tertunggu-tunggu kan? …. :0
Apa yang CORE nak kongsi pada entri kali ini adalah
berkisar pada zaman jahiliah lagi. Bukan zaman arab-arab purba tu tapi lebih
kepada kejahilan hidup CORE masa kecik2 dulu. Sebenarnya CORE rasa terpanggil
untuk berkongsi pengalaman zaman kecik CORE bersama korang geng. Yelah mungkin
zaman kecik CORE dulu x lar sebaik zaman korang, tapi bagi CORE ada keunikannya
juga zaman kecik-kecik CORE dulu.
Melihat aktiviti bebudak sekarang pun CORE rasa semacam
keaslian fitrah “BUDAK-BUDAK” dah hilang or tidak di manfaatkan sepenuhnya. Kebanyakkan
sepanjang hari memerap di rumah bermain GAMING dan SURFING… yup surfing.
SURFING internet lar…ha..ha.. budak yang setahun jagung sekarang dah leka dek
dunia CYBER geng. Pendek kata “kurang adventure”. Mujurlah tempat CORE tinggal
ni adalah juga waris-waris yang mewarisi aktiviti-aktiviti zaman-zaman CORE
dulu. Yelah tempat CORE tinggal ni kawasan setinggan geng, so faham2lah nak
dapatkan benda2 permainan canggih2 tu kurang berkemampuan sikit…J
Masa CORE membuat entri ni sebenarnya “MUSIM LAYANG-LAYANG”
melanda tempat tinggal CORE. Mungkin luar dari negeri sabah agak pelik dengar
istilah “MUSIM LAYANG-LAYANG” kan? Ha…ha… tapi di tempat kami lumrah bagi
sesuatu permainan bila tiba waktu dan ketikanya ia di mainkan bersama or lebih
tepat lagi POPULAR pada waktu tersebut. Maka ayat “MUSIM” tu di gunakan .
contohnya ayat seperti diatas, musim gasing, musim biji getah, musim guli dan
macam-macam lagi la… J
Berbalik pada kehidupan subjek utama dalam cerita ni.he..he..
CORE kecik2 dulu so damn pemalu geng, kengkawan pun punyalah men sikit…ha.ha..
adalah dalam 2-3 kerat gitu. He..he… walaupun CORE Cuma ada sekelumit kengkawan
yang tidak pun megelilingi pinggang CORE ni , Alhamdulillah kami memang “satu
kepala”. Kemana saja mesti bersama bila diluar aktiviti sekolah la… sebabnya
kami sekolah berasingan so hanya dapat bersama bila cuti sekolah. (oops sebenarnya ari-ari pun jumpa, he..he…
sekampung dan berjiran lagi la katakan.. ha..ha).
Masa kecik kitaorang CORE lah saja diantara kami yang
punya otak “bisnes minded”. Ada-ada jak plan CORE untuk hasilkan PULUS. Tapi
tidak lagi bila dah dewasa ni.. ha..ha.. bila tiba masanya musim-musim
permainan yang CORE sebutkan tadi maka disinilah “keliaran” CORE bersama yang
lainnya muncul. Bila ianya musim biji getah, CORE bersama member kamceng akan
keluar memburu misteri BIJI GETAH, yup ianya “MISTERI” ini kerana biji getah
hanya kami perolehi bila masuk belukar atau hutan. Tapi tak la cam hutan AMAZON
or hutan yang tebal giler tu, just anak-anak hutan la…. Cabaran utama yang kami
hadapi selain kesukaran menggeledah semak-samun, nyamuk dan serangga, babi
hutan adalah halangan yang kami paling segani… he..he.. (oops.. sebenarnya
bukan segani tapi TAKUTI geng). Bila kami bertembung dengan PENJAGA biji getah
ni hmm hanyalah ketangkasan dan stamina jadi senjata utama melarikan diri
darinya. Ha..ha.. Disebabkan keghairahan
untuk mengaut keuntungan juga populariti sebagai dealer biji getah semua FEAR
FACTOR tu kami ketepikan. Alhamdulillah so far x delah kecelakan yang teruk
selama misi2 itu kami jalankan , cedera ringan tu adalah. O ya selain dari
cabaran yang diatas sebenarnya ada lagi
yang lebih ganas dari BABI HUTAN tu geng, he..he… nak tahu? Ni dia “APEK dan
senapang patahnya” cam tajuk filem pula. Kekadang terpaksa core dan yang
lainnya berdepan situasi genting di acu senapang patah apek2 ni ha..ha.. tapi
khilaf kiraorang juga, bukan biji getah si apek jak yang kami punggah sampai
buah-buahan miliknya juga jadi habuan kitaorang. You name it, and u will have
it ungkapan yang cukup sesuai CORE ungkapkan menggambarkan , begitu banyakknya
jenis buah-buahan tempatan di dusun buah-buahan milik apek2 ni. Sebenarnya kekesalan
berbuat demikian(kebas buah-buahan) ada gak timbul, tapi bila dah waktu
kelaparan ditambah hasutan azazil dan
faktor kebudak-budakan hmmm, konfom….
“Apek gua mewakili yang lainnya mintak maaf sangat-sangat
uh, sebab buat apek x senang duduk masa dulu-dulu. “aku yang dulu bukannya yang
sekarang”.(mungkin apek2 tu semua dah kembali kerahmatullah kot).
Dipendekkan cerita ni la diantara aktiviti masa dahulu
kala core. Musim-musim permainan yang lain rasanya x payahla CORE cerita kot
sebab ianya normal untuk dilalui oleh majoriti kanak-kanak pada masa dulu.