Thursday, July 19, 2012

CERIANYA HIDUP CORE







Seakan core tidak percaya , dalam bebanyak pengembaraan  bersama rakan-rakan sekerja …. Ni kali la core rasa seakan di cuba oleh SANG PENCIPTA untuk membuka jiwa kacau ini untuk merasa nikmat mengasihi serta di kasihi. Sebenarnya jika core mempunyai pilihan , untuk melalui perhubungan sekali lagi biarlah kalau boleh “direct to the point” jak. Maksudnya tak payah la cintan-cintun ni, yang mana hanya banyak mengundang malapetaka perasaan. Kalau menjadi hubungan tu kira ALHAMDULILLAH la, tapi jika sebaliknya? Na “MATAI ROMO”.  Satu hal lagi, bila dah syok kena lamun dek perasaan macam core rasakan sekarang  ni , hmmm punyala mak oi, syok giler…. Tapi yang merosakkan mood “syok” tu bila kita kena reject….. hu..hu.., dari “syok giler” di nyahkan perkataan “syok”  tu yang tinggal hanya perkataan “giler”. Ha..ha.. tak ke niaya tu? He..he..

Entah ini destinasi core yang ke berapa dalam pengembaraan kerja core dari desa ke desa. Sebenarnya setiap kali core tiba ke suatu destinasi baru core rasa teruja untuk mengetahui cara hidup masyarakat setempat lebih-lebih lagi tradisi yang memang jarang-jarang kita temui di dunia metropolitan. Tapi len pula halnya bagi rakan sekerja core yang lain, perkara yang jadi asas bila tiba destinasi yang baru jak mesti menjurus kepada “AWEK” ….. kekadang tu core sebenarnya rasa rimas jugak bila topik yang di bualkan tu mengenai kaum HAWA ni. Bukan tak suka, Cuma bagi core bila tiba masa dan waktunya insyALLAH akan terjadi juga fenomena CINTAN-CINTUN tu. Ha..ha.

Core tidak ingin mencari di mana silap dan mengapa kecenderungan member-member core kepada “AWEK” ni agak keterlaluan. He..he… ,  bila dah kerap di perkatakan core kadang tu terpaksa beralah juga , satu persatu terbongkar seribu satu cerita pengalaman kisah CINTAN-CINTUN di leraikan dari kotak minda core ni demi untuk tidak menghampakan mood member-member bila memperkatakan hal ini. Ha..ha.. naik menyampah pun ada juga core rasakan pada diri core bila menyentuh bab-bab cinta ni, apataknya seakan jalan kisah cinta core mesti yang terbaik punya… ha..ha.. bukan core reka-reka cerita tapi dah begitu kejadian plot jalan kisah benarnya …ha..ha.. nak wat macam mana?? , mungkin dalam core bercerita tu ada yang rasa kurang selesa sebabnya “my love story” was really make them jealous kot?? Ha..ha..
 
Kesimpulannya geng , tak payah la seksa diri nak tackle sana-sini awek desa tu…. Kalau dia untuk kamu, maka dia memang milik kamu ..ha..ha.. (apa punya ayat dah?...),  for every beauty there’s someone to see it , and for every HEART there’s someone to accept it.. :P 

Dak dik duk bukan bunyi jam randik okey?…. Ni bunyi degup jantung core di kala perasan untuk berperasaan ha..ha.. ,

 Alkisahnya bermula:-

Macam besa core diantara jejaka yang termasuk dalam geng kerja di sebuah pinggir desa permai, yang boleh di katakan paling slamba jak terima kehadiran aweks-aweks di sekeliling kami. Bukan tidak perasan akan kecantikan atau jauh sekali tidak ada naluri keJANTANAN ha..ha.. Cuma core anggap ianya satu yang remeh , all the small thing bilang si BLINK 182 ha..ha..
Core lebih suka buat lawak , bergurau-jenaka mengaitkan aweks-aweks ni sebagai satu penambah perisa core buat lawak ngan member-member ni… as I mention erlier meka ni kan suka “kaum HAWA” he..he so senang sikit mo capture attention meka-meka ni..ha..ha
Gurauan yang agak keterlaluan juga kadang core terbuat yang mana mungkin mengguris ati member jugak la… tapi guys , u know what im really never meant to hurt u ba?? …
Berbalik pada punch point entri ni, member core seorang ni sebenarnnya suka akan seorang aweks ni. So core mulanya mendukung sepenuhnya kemahuan member ni cuma core nak dia biarlah berpijak di bumi yang nyata… bagi dia semacam benda jak “kaum HAWA” ni , nak itu nak ini suka2 ati dia jak… so core pun sebab nak buktikan yang tanggapan member ni salah , apalagi core terjemahkan dalam bentuk perbuatan yang mana core nak dia tahu takkan ada yang terjadi jika asyik berfantasi.  Core bukanlah berniat nak mengajar member ni , core tahu setiap manusia tu ada kelemahan dan kelebihan tersendiri. Tapi sebagai sahabat core nak dia dapat realize yang mana fantasi itu hanyalah pelengkap bagi realiti. Ha..ha… (macam dr.fadhilah kamsah pula kan ha..ha..).

Dalam meniti perjalanan untuk memberi pengajaran buat member ni len la pula jadinya…. Mula-mula nak potong jalan member ni secara men-men jak…. Layan bebeh ni (terkeluar pulak bahasa budak bandar  he.he..) cuba kenal rapat ngan dia so akibatnya na amik kau? Sangkut joe….
punyalah men TUT..(censored word) ni perasaan…  dah la core tersepit dek kebaikan kuarga si bebeh ni, lepas tu melanggar prinsip keramat core dari kecik sampai dewasa core pertahankan…. Nak tahu prinsip apa tu?? Ni dia “ harapkan pagar, pagar makan padi”.  Core mang x suka orang yang punya sikap sebegini…. Tapi sekarang core pula yang seakan di paksa memecah prinsip core ni sendiri. Ya ALLAH ko berilah kekuatan bagi hamba mu ini mencari jalan yang sebaik-baiknya, dan seterusnya melenyapkan perasaan bersalah terhadap member core ni…. “Damn, what ive done uh? “ , bukan mempertikai nikmat yang KAU beri ya ALLAH Cuma ……

Bila core perhatikan , seakan ada penghadang diantara core ngan member core ni selepas jak terlibat dalam hal-ehwal perasaan ni dalam erti kata lain ada ijab menghalang kemesraan yang seperti dulunya berlaku lagi…. Rasa macam tidak berguna core pada saat dan ketika ini. Dari hujung kaki hingga hujung rambut layer ku ni aku mohon maaf bro…

Seandainya dapat ku putar kembali masa sebelum terjadi nya ini semua, akan aku lakukan demi memperbetulkan segala apa yang silap. Disebalik kesedihan juga rasa yang tidak tenteram ini mujurlah yang ESA kurniakan secebis keceriaan dalam melayan rasa sukakan seseorang , rasa ingin mengasihi seseorang, juga perasaan merindu yang mana dah lama core tinggalkan bahkan seakan core tidak tahu yang core pernah lalui benda-benda ni semua. Ha..ha..

thanks la pada SANG PENCIPTA juga pada bebeh yang bertanggungjawab atas semua ini. Apa yang peliknya , core x pernah pun berniat nak ada perasaan ni di kala smpainya ke desa ini. Hmm…. Dan mengapa core minat dan suka juga beransur damn sayang akan bebeh ni pun satu “MISTERI NUSANTARA” yang masih core fikirkan jawapannya..ha..ha. , naik sewel jugak core ada ketikanya bila nak cari jawapannya.. nak tanya bebeh ni, satu hal? Lagila bingung jadinya…. Hati ni kan? Pandai-pandai jak … ko tu kan just segumpal darah?, so stop pretending to arranging my life la(bersakap sendirir-sendiri ging)…he.he.

Dan lebih mistik lagi tentang bebeh ni namanya mang seakan nama ibunda core.. ha..ha…  , dan o ya  core terlupa satu peristiwa yang agak mistik jugak la rasanya , hal tu berlaku masa core dengan my best kakak menyertai satu pertandingan lukisan di perpustakaan bandar sandakan. Yang mana pada masa itu kakak core ni beriya-riya sangat nak ikut pertandingan melukis tu ,hmm x menang pun dia … Persoalannya tajuk buku yang kakak core lukis ni asyik bermain di dalam minda core sehingga kini dan core teringin sangat nak baca buku tu. Nak tahu tajuk buku tu?? “ isteriku adala ibuku”, ha..ha.. pelik… ada sesiapa pernah nampak buku ni tak atau tahu pengarang buku tersebut??hu..hu.. hmm tak ka semacam ada kaitan tuu.?? Ek-eleh Ataupun di sebabkan perasaan core yang gundah-gulana ketika ini maka macam-macam benda core nak kaitkan ha..ha..
bebeh ni mungkin tidak la setop MISS UNIVERSE, Cuma rasanya bagi core FUYOO!!! , kira buat masa ni mata core di kaburkan untuk melihat bebeh yang lain selainnya ha..ha…  Bungul ba perasaan ni? Lupa pula, sebenarnya bebeh ni dah berpunya pun , ha..ha.  besala kalau dah kemaruk ni, hak orang len pun nak dinafikan he..he..  kalau core ikut kata hati yang negatif , hmm “ada ku kisah, dia ada bf? ”ha..ha… bila di fikir balik or di fikir sebaik mungkin tak salah juga, bukanka selagi belum di ijab-kabulkkan hak tu masih terbuka? Ek-eleh (core cakap macam ni untuk menyedapkan ati sendiri jak ha.ha..),
Tapi…“setiap individu tu berhak memilih yang terbaik untuknya” … renung-renung kan la ye…

korang nak tahu ka ? Saat core menulis entri ni pun masih dalam AREA melayan perasaan akan bebeh ni… ha.ha.. don’t wory la bebeh , soal hati ni x de paksaan …. Kalau di “Arasy” tertulis nama mu untuk ku, maka kau mang untuk ku.. he..he.. yang penting aku dah luah apa yang patut di luah pada bebeh ni, tepuk dada tanya iman. Jadi x jadi soal  kedua. Im free at last dan ini yang membuat CERIANYA HIDUP CORE… ha..ha.. 

bersambung kot?.....he.he..

Monday, July 2, 2012

PELIK KAH AKU?





Bila ku fikir , ku renung , ku tenung , ku bayangkan…. Payah sangat aku mahu menjawab persoalan apatah lagi menyentuh soal diri core sendiri. Salah kah ? core hidup seadanya dengan mengikut kata hati juga minda core walaupun x sebaik individu-individu yang well berjaya di luar sana…
Core dah lahiriah macam ini, walaupun mungkin sifat/tingkahlaku core sekarang di pengaruhi faktor masa juga persekitaran dari masa ke semasa.

di label sebagai budak gelandangan , budak nakal, budak tidak beradat, kurang ajar , dan sebaliknya core dengan ati terbuka terima. Bagi core tafsiran dari masyarakat sekeliling bukan jadi pengukur mengadili siapa diri core ini sesungguhnya…… only the ALMIGHTY ALLAH  capable to do so…..  dan bagi core kuarga tersiiiinta juga faham sepenuhnya diri yang hina dina ini.. ha..ha.

tidak perlu lah mengangung-agungkan dari latar belakang keluarga mana datangya , tingginya kelulusan yang di perolehi , berapa tinggi bangunan fakulti tempat dia study,… ha..ha..
menggunung mana harta di perolehi, se-famous mana dia di kalangan masyarakat. Bagi core itu hanya tatapan mata zahir si penonton…

melihat karakter juga minat core memang tidak perlu dianalisis terperinci lagi konfom masyarakat lebih menjurus melabel core sama waktu dengan bebudak gelandangan di luar sana. Ha..ha..ha..  persoalannya ada ku kisah?? Ha..ha..
azalinya manusia luaran senang di lihat dan di tafsir berbanding dalaman.. so damn easily judge me right?? … adakah manusia yang punya mata batin ? macam cerita SOAL HATI kalau tak silap core la….  Core ni pelupa sikit mungkin di sebabkan penyakit malaria otak yang core pernah alami satu ketika dahulu…. Nyaris jak core jadi sewel.. ha..ha.. mujurlah yang ESA masih pandang core walaupun “im just a dot in this world” ….. syukran.

Screwed up la extra cite-cite core ni, ha..ha…

di mana tadi?? O ya pasal tafsiran masyarakat ye tak?? …  tang karakter core ni, bapa core pun pernah kena usha oleh member-membernya menyuruh supaya beliau menegur core agar merubah cara hidup serta karakter…. Kesimpulannya merubah 100% menjadi bukan diri core yang sejati…. Thanks Uncle-uncle yang bek ati, i appreciate it most…. But unfortunately , core rasa masih dalam batas agama dan InsyALLAH takkan terkeluar dari landasnya walaupun core ni peminat HARDCORE tegar ..ha…ha..

member-member bapaku ni sebenarnya amik berat ngan core, mereka nak core ni jadi budak yang skema sikit atau dalam istilah dewan bahasanya LURUS BENDUL…. Budak yang pakai spek mata , pakai baju berkolar siap take-in baju ke seluar slack , lebih kurang begitu la… ha..ha.. aduss…. Bukan core nak mengkritik penampilan orang sedemikian lebih-lebih lagi memandang rendah akan mereka-mereka ini….  Im respect jugak la bro kamu …. Dan core percaya perwatakan yang sedemikian adalah apa yang NGAM korang rasa buat diri korang kan?? So go ahead guys….  Be confident in whatever u’ve like and done…. He..he…

“macam ni ka, Educated person? , penampilan , musik macam musik sakit jiwa !!! ”, ha..ha.. tersengih core sendiri dalam ati….. lantaklah apa korang kata… dan kekadang tu bila core ziarah rumah ALLAH , ada juga mulut-mulut longkang mengata core … “Macam mana ba ni, pergi masjid tapi penampilan perangai tidak betul!!….”, kesiannya kamu men…? Senang-senang core dapat pahala free hasil umpatan korang ha..ha.. bagus-bagus….teruskan….

ya ALLAH perbetulkan lah mereka-mereka ini …….  Core tahu apa yang core buat , core yakin dan pasti setiap tunjuk-ajar ayah bonda serta kuarga core dari kecik hingga besar panjang ini terbaik….. andai kata masih ada kekurangannya  hmm… tinggal touch-up2 lagi kot…. (bukan niat menembirang la...)

Ingat agama dalam masa yang sama berjiwa ROCKERS salah ka??? Pelik kah??? …..
“TEPUK DADA TANYA IMAN…………”


 

   

GENG KARAS KU SI FAUX


GENG KARAS KU SI FAUX……









Teringat masa zaman core bergaul ngan bebudak LAKAOZ satu masa dahulu….. Era di mana JOLLY-JOLLY jadi pegangan J , Apa yang CORE nak calitkan di sini bukanlah berkenaan kumpulan bebudak LAKAOZ tapi core ingin menyentuh hidup peribadi salah seorang member yang core rasa teruja nak kongsi bersama pembaca…. Walaupun persetujuan tidak pernah core dapatkan dari empunya diri untuk di cerpen kan… he..he.. (harap2 beliau x kisah..)
FAUX ha…nilah nama timangannya yang kami beri sempena member ini, si FAUX ni datangnya dari keluarga yang “BIG TIME “ lah juga…. Almaklumlah ibu-bapanya  pekerja kerajaan , salah seorang guru dan salah seorang adalah peguam…. Cuma core terlupa si ibu atau si bapa ka yang peguam…ha..ha…. kalau x silap core si FAUX hanya mempunyai seorang adik perempuan.  Pendeka kata hanya dua beradik jak dalam kuarga yang permai tersebut….

perihal permai atau rukunnya kuarga mereka x payahlah core nak terangkan okey??... Si FAUX seorang remaja yang rasanya terlalu bebas sehinggakan si faux pernah kata jarang sekali bertemu kedua ibu-bapanya …. Faham2la sibuk apppoinment sana-sini, sehinggakan bertemu anak sendiri pun tak terluang masa udah…..

Si FAUX ini tinggal menyewa sebuah bilik di uptown… pernah sekali core ikut ke bilik sewa si FAUX , mak ai…. Punya lah men serabut, bersepah barang-barang hak milik si FAUX …. Ha..ha… semua seluar jeans yang di pakainya dari mula di beli hingga lusuh x pernah bercuci, he..he… walaupun seluar tidak bercuci tapi branded class jugak jadi brandnya. GUESS and LEVI’S strauss geng jadi idamannya…  Actually men hidup si FAUX ini berteraskan pegangan atau cara hidup seorang “GRUNGER”….pakcik Donald Kurt Cobain adalah individu yang bertanggungjawab menjadi icon juga idola si FAUX dalam melayari hidup seharian…  walaupun kami agak rapat dalam pergaulan seharian akan tetapi CORE sendiri tidak dapat meneka tindak-tanduknya … ha..ha.. apa punya jenis member la core ni kan?? Ha..ha.., sebenarnya kalau korang kenal ngan si FAUX ni pun konfom korang bingung jugak.. ha..ha.. punya la sempoi + slamber gilak si FAUX ni . meh sini cuping korang core nak cerita perihal keslumberan si FAUX ni…. Mungkin si FAUX banyak berahsia tentang kesusahan atau keperitan tapi core tak kisah yang core tahu si FAUX ni happy go lucky orangnya…. Asal ada saja dia ni ”konfrem” meriah sokmo jak suasana ha..ha… o ya lagi satu hal si FAUX ni bila menyentuh bab tidur mang dia x kisah , di mana dia rasa mengantuk di akan melepaskan gian tidurnya tak kira la di khayalak ramai, tepi tangga, dalam bilik kuliah, atau mana-mana jak la ba…. Ha..ha.. kekadang tu CORE terpaksa menjaga si FAUX sehingga dia terjaga …. Begitu la pengorbanan seorang member la katakan ….
J
CORE rasa bertuah sangat dapat kenal ngan si FAUX ni, bukan sebab hanya dia ni baik tapi juga kerana dia memberi pengalaman baru bagi core mendapat member yang superb NEVERMIND …  ha..ha.. kehadiran si FAUX menjadi penyumbang kepada warna-warni koleksi attitude member-member CORE.. ha..ha... 
Infact there’s a lot of advantage and disadvantage attitude u will discovere when u hanging around with him.. ..
J